Upsr 2016

18 November 2016
8:43am

🎓 Ramai update pasal upsr kan..so kita nak update jugak..semalam tak sempat..dari pagi dah gelisah tunggu anak balik sebab nak tau result dia..bila dia balik tengah hari semalam,muka dia masam je..dapat agak dah yg dia kecewa..dia termenung je..bercakap pun tak mahu..aku pun tengok lah slip dia..ok lah ni nak. tak mahu lah kecewa sangat..

🎓 dia duduk termenung kat kerusi..lepas tu dengar dia menangis...alahai anak..sedih pulak mama dengar.ini baru permulaan..banyak lagi masa dan banyak lagi yang akan abang hadapi.ini pun dah cukup baik dah untuk mama dan mama bangga dengan abang.so mama tak mahu abang sedih lagi..

🎓 dengar tangisan abang dan lihat airmata abang,buat mama sayu.abang tak perlu kecewa sebab abang dah buat yang terbaik..

🎓 Tak lama lepas tu,abang masuk.lama abang kat bilik,risau pulak mama.mama jengah kejap..rupanya abang solat..mama perhatikan abang..lama abang sujud..makin sayu hati mama..semoga Allah makbulkan doa kamu wahai anak..

🎓 Petang tu baru abang bersembang dengan mama..abang janji akan buat yg lebih baik untuk pt3..abang janji akan masuk universiti..mama gembira dengar.mama tak mahu abang sedih lagi..abang dah letak penanda aras yg baik untuk adik-adik abang..so lepas ni,adik-adik abang kena sama macam abang atau lebih baik dari abang..terima kasih abang sebab buat mama tersenyum bangga..

🎓 Alhamdulillah,Allah kurniakan pada mama anak sebaik abang.belajar bersungguh-sungguh ye dan jangan pernah patah semangat..doa mama sentiasa mengiringi abang..
MOHAMAD ELHAM ZICKRIE
UPSR2016
3A2B1C.

Comments

Popular Posts