Bekal vs RMT
Semalam Erfan bawak balik borang RMT suruh mama isi.ingat dah tak dapat dah RMT tahun ni..so,mama terus la isi,takut terlupa..tengah dok menulis tu,aqesh datang...dia nampak mama menulis,dia pun tanya..borang apa mama isi ni...mama jawab ni borang RMT la..."alahhh..." dia terus mengeluh..aik kenapa pulak anak aku ni.. "Aqesh taknak RMT..."hisshhh anak aku ni,mama dulu bukan main suka tau bila dapat RMT...masa mama tak dapat,mama jeles dgn kwn2 mama yg dapat RMT...
"Kalau bawak RMT,tak boleh lah bawak bekal..aqesh lagi suka bawak bekal"pulak dah😅
Pagi ni,masa siapkan bekal,aqesh bukan main suka..
"best nya bekal aqesh...nanti mesti kawan Aqesh mintak"
"Abis kalau dia mintak Aqesh bagi tak?"
"Bagi..masa bawak nasi goreng tu pun,dia mintak jugak...semalam sampai 2 sandwich Aqesh dia makan..."
"Takpelah..mama kan bawak lebih"
"Tau...kawan aqesh tu Mmg suka kalau Aqesh bawak bekal.."
Bekal hari ni,Mmg favourite anak²...sarapan kat rumah je pagi ni pun dah bertambah-tambah...Alhamdulillah,senang hati mama bila anak² mama berselera...
Sebelum pergi sekolah,mama pesan kat ncik,borang RMT tu jangan lupa bagi kat cikgu...nanti tak dapat pulak..dah dapat RMT nanti,dah tak payah bawak bekal...tup² dia jawab "alah,bawak jelah...tak payah makan RMT tu...lagipun bukannya sedap"😳
Lah,...sorang lagi protes taknak RMT...Adoiii mengada²
Betol la...
Comments
Post a Comment