Kurniaan rezeki dariMu Allah

7 Anak ku

🌞 Alhamdulillah... Allah kurniakan rezeki untuk aku dan suami..Tiba2 tersenyum sorang aku bila teringat karangan anak ke 2 aku.."emak saya berjaya melahirkan 7 org cahaya mata"berjaya?? Mudah-mudahan aku boleh jadi ibu yg berjaya... tersentuh hati apabila anak2 bercerita tentang rancangan masa depan mereka.. dan aku terselit didalam perancangan mereka...

🌞 "Nanti abang dah kerja, abang bagi mama seribu sebulan"

🌞"Ncik pun nak bagi mama seribu sebulan!"

🌞"Kakak pun!"

🌞"Kamu mana boleh, kamu dah kahwin kena dengar cakap suami.. abang dengan ncik takpe.. kami lelaki!"

🌞"Alah mama,kakak nak bagi mama duit jugak!"

🌞 Masing2 mula bertengkar.. aku Amin kan doa anak2 ku..Aku ikhlas membesarkan mereka tanpa syarat.. aku ikhlas mendidik mereka tanpa meminta balasan.. aku ikhlas mengasuh mereka dengan Harapan mereka Bakal menjadi insan sempurna yg berpendidikan, yg taat,yg soleh Dan solehah,Dan yg berjaya di dunia juga di akhirat...

🌞 Teringat lagi karangan ncik"walaupun emak saya tidak dapat memenuhi permintaan saya,Tapi saya tahu emak saya Sudah lakukan yg sehabis baik..Saya Sayang emak saya.."terasa sebak bila membacanya.. Tersentuh hati mama..Terima Kasih kerana memahami mama.. Terima kasih kerana tidak meminta lebih dari apa yg mama termampu..Mama Tahu,yg mama punyai anak2 yg Baik.. mama ibu yg bertuah..

🌞 Lalu saban hari tak pernah putus aku mendoakan mereka.aku mungkin bukan anak yg baik kerana aku sendiri tak dapat berbakti pada kedua orang tuaku... aku juga mungkin bukan adik yg baik buat adik beradikku kerana sentiasa tidak dapat Bersama bila diperlukan..aku bukan makcik yg baik buat anak2 saudaraku kerana aku yg sering perlu dibantu malah aku juga bukan sahabat yg baik buat sahabat2ku kerana mereka 100 Kali lebih Baik terhadapku...Tapi syukur, alhamdulillah..

🌞 Aku yg serba kekurangan ini, Allah berikan aku anak2 ku ini.. permata hatiku..Cahaya ku..Terima kasih Allah.. Anak2 ku ini tak pernah meminta apa yg diluar kemampuanku.. Anak2 ku ini sangat rajin membantuku.. Anak2 ku ini sangat pintar Dan mudah belajar.. Anak2 ku ini adalah anak2 yg terbaik KAU kurniakan untukku..

🌞 Panjangkanlah usia mereka..dan KAU lindungilah mereka supaya sentiasa berada dibawah perlindunganMU ya Allah...Amin ya robbal alamin...

Comments

Popular Posts