Tteokbokki tekak melayu
Tteokbokki atau kek beras pedas.ada sesiapa yg suka tak..kalau suka,kita geng😁
Resepi kita simple je..mmg senang sgt nak buat..
Doh tteokbokki..
Tepung pulut
Air
Garam
*sukatannya agak2 je
Caranya..
Gaulkan tepung dgn air yg dibancuh dgn garam..uli agak2 tak keras sgt dan jangan lembik..lepastu,bentukkan lonjong..
Sementara tu,panaskan air..bila air dah panas,boleh masukkan doh yg dah dibentukkan td..
Lepas rebus tteokbokki tu,angkat dan masukkan dalam air sejuk..bolehlah rebus sekali sosej,bebola,crab stik..
Kuahnya..
3 ulas bawang putih(chopped)
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos cili
Garam
Aji
3 sudu besar gula
Air rebusan tteokbokki
Caranya..
Campurkan serbuk cili dgn sedikit air..kemudian Ketepikan..
Panaskan minyak..tumis bwg putih.lepastu masukkan serbuk cili..kacau sampai pecah minyak..masukkan air rebusan td dan sos,kemudian kacau kejap..lepas tu boleh masukkan garam,aji dan gula..agak2 dah pekat boleh masukkan tteokbokki dan bahan2 yg direbus tadi..biar kuah meresap sekejap..siap
Tabur bijan yg dipanggang semasa menghidang tteokbokki..mudah dan sedap..
Selamat mencuba..😋😋😋
Comments
Post a Comment