Sambal mee sardin

Ini resepi arwah mak..bunyinya pelik kan tp yang penting rasanya tip top..memang betul la apa yang orang kata yang masakan mak tiada tandingan. The best in the world!!!! Mak kalau masak apa pun memang sedap..sekarang da tak dapat dah..rindu pada air tangan mak.rindu lagi pada mak..semoga mak tenang di sana.zue akan sentiasa mendoakan mak.
Hmmmm...zue nk kongsi resepi mak ni..u all boleh la try kalau mahu..bahan2 nya

mee

sardin

tauhu

air asam jawa

dan yg ini cabai kering,bawang merah & bawang putih yg dikisar.. zue tumiskan sampai pecah minyak

kemudian masukkan sardin dan tauhu.hancur2 kan sikit sardinnya tau.

then baru masukkan mee..boleh masuk sekali air asam jawa dan sedikit air..kacaukan sampai semua sebati..jangan lupa masukkan garam and cap,cap,cap...,cap ajinomoto!! hehehe

biarkan sampai pekat macam ni ye..hmmm...da hampir masak pun..boleh la tutup api and hidangkan

ok...inilah hasilnya sambal mee sardin..sedap dimakan dengan nasi sebab mee ni pedas..nama pun sambal kan...tp suami zue suka makan macam tu je..anak2 pun sama..

resepi ni sebenarnya lagi sedap kalau guna mee siput..tapi mana lah nak cari mee siput selain kt johor kan..so,guna mee je la..kalau u alls ada mee siput,boleh la guna..memang rasanya lebih sedap dengan mee siput

sekian dulu..selamat mencuba and selamat menjamu selera :-)

Comments

Popular Posts