hanya kerana aku....
Bab Satu
Amina hempaskan badannya diatas katil.Sayup-sayup dia dengar suara ibu memanggil namanya.Dia membentak dalam hati...
"apa lagi lah yang tak kena dengan ibu ni.sikit-sikit aku..ada je benda dia nak suruh aku buat..fed up betul lah!"
Amina merengus lagi..Dia buat-buat tak dengar akan panggilan ibunya.Dia meniarap menutup telinga dengan bantal.Seketika dia teringat kejadian di sekolah petang tadi.Kejadian yang membuatkan darahnya mendidih.Arghhhh....!!!!Tak sedar suaranya menjerit.Nasib baik dia tutup muka dgn bantal.Tak lah kuat sangat.
"Engkau ni dah kenapa?Dari tadi aku terjerit-jerit nama kau!kau buat pekak je kan.Sampai nak terkeluar anak tekak aku!"
Adoi,entah bila ibu ni masuk bilik.kenapa lah tak sedar langsung.tau-tau punggungnya dah dipukul.
"Sakitlah ibu...Mina penat lah.Tak boleh ke bagi Mina rehat kejap!"
"Apa yang kau penat sangat tu?cuba kau cakap dengan aku.Kerja kau tu melepak je kan..sekolah dah lah tak pandai,buat kerja rumah pun kau malas,aku tak tau lah kau ni nak jadi apa!"
"Ibu jangan membebel boleh tak?!! serabut lah!!!"
"Ishhhh budak ni!!!! memang sengaja nak naikkan darah aku!!!cepat tolong ibu kat dapur!!!"
Nadiah pulas telinga anaknya.makin besar,makin menjadi-jadi degil anaknya yang seorang ini.
"Adoi,lepaslah ibu!sakittt..."
Amina menolak tangan ibunya.Dia menggosok-gosok telinganya."Kejap lagi Mina datang lah..ibu keluar lah dulu.."
"Kau tak datang,siap kau!"Nadiah memberi amaran sebelum keluar meninggalkan Amina sendirian.
Amina masih lagi menggosok-gosok cuping telinganya.Jadi merah cuping telinganya akibat dipial oleh ibunya.ibu ni suka betul layan aku macam budak kecik.arghhhhh...bosan!!!!
Amina membelek cuping telinganya yang sudah bertukar warna merah..Seketika matanya teralih pula pada wajahnya.Dia membelek setiap inci raut wajahnya di hadapan cermin.Kemudian sempat juga dia tersenyum sendiri..
Aku ni cantik kot,kulit aku putih,bersih.Jerawat satu pun takde kat muka aku ni..Mata aku bulat dengan warna mata yang coklat..Bibir aku merah.Tak payah pakai lipstik pun,dah merah dah..Apasal aku cantik sangat ni..tapi, cantik pun tak guna.Apasal lah takde yg suka kat aku.Aku je yang selalu tepuk sebelah tangan.
Amina mengeluh.Tiba-tiba dia teringatkan Azira.Budak pandai dalam kelasnya.Azira tak lah cantik sangat.Tapi tak lah buruk.wajahnya agak gelap sedikit.Tapi kalau nak dibandingkan dengan Amina, memang Amina jauh lebih cantik.Teringatkan saja dia, buatkan Amina rasa nak marah.Apalah yang lebih sangat tentang budak tu.Pada dia,Azira cuma berlagak baik.Mana mungkin ada budak sebaik tu,yang sentiasa menurut kata cikgu tanpa melawan sedikit pun...Yang tak pernah sekalipun buat salah di sekolah..Yang sentiasa dapat pujian cikgu dan jadi perhatian di sekolah..Sebab budak baik macam dia itulah,Amina rasa dirinya selalu dipandang buruk.Sebab budak macam dia lah,Amina selalu dibandingkan..Dan sebab budak macam Azira itu jugalah,Amina sering rasa rendah diri.Kerana rasa rendah diri itulah,Azira jadi sasaran kebenciannya..
Hari ini sekali lagi,Azira mengundang kemarahannya.Azira seolah sengaja menyiram petrol pada api yang sedang marak.
"Boleh tak kalau kau jangan nak berlagak macam kau tu baik sangat!Boleh tak kalau kau tak buat aku ni nampak bodoh!!!!!"
"Maaf Amina,Zira buat apa kat Amina.Rasanya Zira takde buat salah apa-apa pun....."
"Kepala hotak kauuuu!!!!!"
Amina tarik tudung Azira sampai ianya hampir tertanggal.Azira tak dapat berbuat apa-apa kerana tangannya dipegang oleh Shima dan Yanti.Azira dah agak ini yang akan dia hadapi bila dalam kelas tadi cikgu Zubir memuji dirinya dan menyuruh Amina mencontohi nya.
Tak semena-mena,habis sahaja sesi persekolahan,Amina dan beberapa rakannya menarik dia dan membawanya ke belakang sekolah.Azira tak dapat lari
"Agaknya kalau satu hari kau tak sakit kan hati aku ni, memang tak sah ye!!Dah lah kau menyakitkan mata aku!!!Kau menyakitkan lagi hati aku..hisssshhh...geram betul lah!!!!"
Amina menengking dengan suara yang keras.Azira kecut perut
"Amina, tolonglah... jangan buat Zira macam ni.."
"Hisssshhh perempuan ni!!!Aku benci lah dengar suara kau!Kau ni dengar je lah apa aku cakap!Jangan banyak bunyi!!!!"
Amina mencekik leher Azira.Kalau lah dia hilang sabar,mau saja dicekik nya sampai mati.
Amina melepaskan tangan nya.. Melihatkan Azira yang terbatuk-batuk kerana kesakitan akibat cecikannya,buat dia rasa menyampah..Pada pandangan matanya, Azira sekadar buat-buat sakit saja padahal bukan kuat pun dia cekik.Amina menghayunkan tangannya.Biar tangannya hinggap ke pipi Azira.Biar Azira rasa panasnya hati dia.
Tak sempat tangannya singgah di pipi Azira,ia terlebih dahulu disambar.Amina terkejut.
Idris yang muncul entah dari mana menyambar tangannya.Amina betul-betul tak sangka.Pandangan matanya beralih pada Idris pula.
"Cukup!!!!!"
Idris hempas tangan Amina.Dia sambar tangan Azira yang diapit oleh Shima dan Yanti.Amina mati kata-kata.Idris menarik Azira pergi.
"Kenapa kau masuk campur!!! Ini bukan urusan kau!!!"Amina beranikan diri.Seketika langkah Idris terhenti.
Idris melepaskan tangan Azira.Dia pergi pada Amina.Betul-betul dihadapan Amina.Matanya dan mata Amina bertentangan.Ada api kemarahan di sebalik mata Idris
"Aku perhati je perangai kau.Jangan sampai aku pulak buat perkara tak baik pada kau!!!"
"Kaa kauuu naakk buat apa?!"ada getaran disebalik kata-katanya.Amina jadi takut dalam berani
"Jangan tanya aku nak buat apa!Aku boleh buat lebih teruk dari apa yang kau bayangkan.Cubalah kau cabar aku,kalau kau nak tengok apa yang aku boleh buat!!!!"
Amina telan air liur.Dia mati kata-kata.Hanya matanya dan mata Idris yang bertembung tanpa berkelip.
Idris senyum sinis padanya lantas menarik tangan Azira dan meninggalkan dia yang masih dalam terpinga-pinga.
"Arrgghhhhh!!!!?...."Amina menjerit.Kali ini jeritan nya kuat tanpa dia sedar.Bayangan di sekolah tadi menggangu fikirannya.Amina tutup mulut.Bayangan Azira, bayangan Idris! kedua-dua nya benar-benar mengganggu fikiran dan emosi nya.
Amina cepat-cepat dia bangun dari katil.Dia tak nak cari nahas dengan abang-abangnya.Segera dia mendapatkan ibunya di dapur.walaupun Dua adik perempuannya sudah membantu ibu,tetap saja ibu meminta bantuan nya..kata ibu, perempuan jangan nak duduk memerap je.Kena pandai buat kerja dapur.
Abang Ali dan abang Imran pun pandai buat kerja di dapur,sebab ibu kata,bukan perempuan je yang kena pandai buat kerja.Lelaki pun sama.Tak ada beza.Didikan ibu sangat lengkap dan sangat sempurna,tapi mungkin cuma aku yang tak boleh jadi sesempurna ibu... Amina mengeluh sambil menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Nadiah.
ππΌππΌππΌππΌ
ReplyDelete