Anakku Elham Zickrie

Elham Zickrie Kushairi

♡ 2 oktober 2004..malam tu mama tunggu abah balik..seminggu sekali baru abah balik jumpa mama.mama duduk kat Lui Selatan Negeri Sembilan..al maklumlah,awak anak sulung..mama tak berani lahirkan awak sendirian..sebab tu mama balik kampung..dekat dengan nenek.bolehlah nenek temankan mama.

♥malam tu abah sampai agak lambat..kesian abah..penat bawa motor dari melaka ke negeri sembilan. Malam-malam,sorang-sorang pulak tu..

♡tgh malam..dlm pukul 12,tekak mama minta nak makan nasi ayam pulak..nak tak nak abah kena lah keluar pergi cari nasi ayam..dah lah abah penat..macam-macam betul lah ragam mama..nasib lah abah sabar layan kerenah mama..demi awak yg ada kat dalam perut mama..

♥lepas makan,mama nak masuk tidur.tiba-tiba ada air keluar dari seluar mama..ingatkan mama kencing.abah punyalah gelakkan mama.tapi nenek bagi tau yang itu sebenarnya air ketuban..panik terus mama dan abah.nenek terus suruh mama bersiap.malam tu jugak bawa mama ke hospital kuala pilah

♡dalam kereta air ketuban mama pecah lagi..mama pegang tangan abah dan nenek.bila sampai hospital pukul 3pagi,air ketuban pecah lagi sekali..doktor check mama..baru buka 3cm..belom boleh melahirkan so mama kena masuk wad..masa tu mama dah tak nampak abah..maybe abah dah balik kot.risau nya mama..takut pun ada..

♥pagi 3 oktober 2004..lepas sarapan pagi,mama mula rasa sakit..mama pun di tolak ke labour room.tapi tiba-tiba mama rasa badan mama lemah..bila doktor check rupanya suhu mama tinggi..mama demam..patutlah mama rasa lemah je..tapi mama dah sakit nak bersalin.macamna ni..mama dah tak bertenaga..

♡mama beritahu nurse yg mama tak larat.tekak mama kering.nurse tu tanya doktor boleh ke bagi mama air..dia kesian sgt tengok mama..bila doktor benarkan,nurse tu keluar cari kan mama air..masa nurse tu pergi salah seorang nurse kat situ bagitau mama kalau mama kesiankan awak,mama kena kuat.awak pun nak tengok mama..nak tengok dunia..dulu nenek lahirkan mama pun susah juga so mama kenalah kuat..

♥entah dari mana tiba-tiba mama rasa kuat.mama teran kuat-kuat. Akhirnya mama dengar suara tangisan awak.alhamdulilah.awak lahir pukul 9.29 pagi dengan berat 2.7kg.nurse yg bawakan mama air tu senyum tengok mama selamat lahirkan awak.

♡lepas awak lahir,mama di tolak masuk ke wad sendirian tanpa awak..awak kena duduk di icu.semuanya kerana mama demam.terpisahlah mama dengan awak..sedih bila tengok orang lain susukan baby tapi mama...tengahari baru abah sampai..terkejut juga abah bila mama sorang je tanpa awak.abah risau apa-apa jadi pada awak...rupanya abah ada je kat hospital cuma abah tak masuk sebab abah ingat tak boleh masuk.kesian abah..punya lah lama tunggu kat luar..

♥petang tu mama dah di benarkan keluar..abah asyik dukung je awak tak bagi orang lain tengok abah.abah cium je awak..bahagianya kami.awak pelengkap hidup mama dan abah.

♡hari ini umur awak bakal menginjak ke 15 tahun.terima kasih kerana jadi anak yang baik..mama bangga ada anak macam awak..mama bangga bila orang kata awak baik,awak rajin...bertuahnya mama ada anak macam awak.awak sentiasa patuh pada mama.awak tak pernah melawan mama.awak banyak membantu mama.awaklah tulang belakang mama.maafkan mama kerana tak mampu nak beri kemewahan pada awak..tapi mama tau awak tak pernah meminta apa yang mama tak mampu berikan pada awak.terima kasih kerana memahami.awaklah harta mama yang tak ternilai..

♥semoga awak sentiasa berada di dalam lindungan Allah..semoga awak sihat walafiat dan panjang umur..mama doakan agar awak perolehi apa yang awak hajati.semoga awak berjaya dalam kehidupan.semoga awak diberi kesenangan dunia dan akhirat..dan semoga awak sentiasa dirahmati Allah...

♡mama sayang awak dunia dan akhirat..mama sayang awak biarpun nanti awak dah besar panjang...mama sayang awak biarpun nanti awak dah ada kehidupan sendiri..mama sayang awak biarpun mama dah berkedut seribu..mama sayang awak biarpun mama dah nyanyuk...mama sayang awak selamanya biarpun bila mama sudah tiada.jangan lupakan mama ye sayang...♥♥♥

Comments

Popular Posts